About

Saturday, February 12, 2011

Make-up bagi kulit yang gelap

  Asalamulaikum... hai pembaca2 bloger yang setia.... 
tenkiu sudi baca entry saya kali ini.... ermmm bukan semua orang mempunyaikulit yang cerah bukan.. jom ikut saya.. kali ni saya nak ajar bagaimana untuk make -up bagi yang berkulit gelap.. jom!!!!!

Thursday, February 10, 2011

Petua menjaga kecantikan kulit


Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di
sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan
kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu
cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian
basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta
menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Wednesday, February 9, 2011

Contest Bergambar: Saya Sayang Kawan-Kawan Saya

saya sangat menyayangi kawan-kawan saya kerana mereka ada di waktu saya susah dan senang..... walaupun adakalanya berlalu sedikit konflik antara kami tapi akhirnya kami tetap akan berbaik.. mereka semua lah yang telah membuat hidup aku ceria

taq kamu:


contest saya suka buat peace

 

peace!! 

korng ku tag:

contest senyum tak nampak GIGI :)

 
huhhh mcm2 la cik MUAZATUL nih.. die buat contest senyum x nmpak gigi.. aq pon join la..... 
betul ckp dier bukn seng nk tengok org senyum x nmpak gigi.... 
huh... tersenyum2 aku tengok si muazatul tu senyum x nmpk gigi.. heheheheh

nie kwn2 ku yg bertuah telah ku tag entry nih...:

Monday, February 7, 2011

PETUA MELEBATKAN RAMBUT

Zaman sekarang,bagi yang pentingkan kecantikan,rambut termasuk dalam agenda penting yang perlu diberi perhatian.Salun kecantikan merupakan alternatif kepada mereka yang berduit. Bagi golongan budget rendah,masih ada cara untuk mendapatkan rambut cantik sihat dan lebat.Sebenarnya,banyak petua warisan nenek moyang yang boleh dicuba .Selain murah,risiko terdedah kepada bahaya penggunaan bahan kimia terlarang juga hampir tiada langsung.
Di sini saya catatkan beberapa petua tradisi yang menjadi amalan untuk melebatkan rambut. Cubalah ye…
a) Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.Biarkan semalaman,barulah lumur di rambut selama 15-30 minit.Amalkan tiga kali seminggu.
b) Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air.Biarkan sehingga lendirnya keluar.Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit.Bersihkan rambut dengan air sejuk.Amalkan dua hari sekali.
c) Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut.Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih.Ulangi selalu dan lihat hasilnya.
d) Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan.Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu.Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.
e) Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala ataupun jika tiada,bolehlah gantikan dengan santan segar.Satu lagi cara ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras.Setelah cukup garing,sejukkan dan kisar halus.Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai tonik rambut.Sapukan pada seluruh kepala,biarkan semalaman dan bilas.
f) Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur.Kemudian,masukkan sedikit air dan perah.Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi.Kacau rata dan simpan semalaman.Keesokan harinya,sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam.Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.
g) Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat.Perahkan airnya dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa.Lumurkan pada rambut.Biarkan beberapa minit.Kemudian bilas dengan air suam.
h) Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih.Setelah sejuk embunkan selama satu malam.Setelah itu,sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam.Kemudian baru dicuci.Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.Lihat hasilnya.
 Erm..... selamat mencuba.....

Petua hilangkan lingkaran gelap diesekeliling mata


Asalamualaikum sume... Bila kite x cukup tido... earmm kat mata kita mesti ada gelung hitam kan. Untuk menghilangkannya mudah saja. Setiap kali bangun tidur , sediakan semangkuk air dari peti sejuk , cuci di bahagian mata dulu dengan menggunakan hujung jari dari pangkal hingga hujung mata sambil membaca selawat 3 kali . Lakukan setiap pagi insyaallah
Pasti berkesan....