About

Thursday, February 10, 2011

Petua menjaga kecantikan kulit


Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di
sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan
kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu
cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian
basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta
menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah
mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan
air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya
dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci
muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Merawat kulit bekedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.


cuba jangan x cuba!!!!

2 comments:

Berto said...

ni utk pompuan je ke? utk jantan mcm mana? keh2

Anis Anisa said...

huhuhuhu.... 1 idea yg bek... boleh dirunding kan.. hahahhah...