Assalamualaikum... bile cik Anisa ke kels sekarang macm2 gaye student sem 1 bg sem ni... fuhhh mcm nk pegi dinner pon ade.. terlihat bnyak minah2 salleh bertudung kat dalam kelas.. huhuhuh mane x nye.. muke macm melayu tp mate ade biru, merah, kuning, kelabu, macm harimau pon ade.. mcm2 ada... terdetik dalam hati cik anisa x sakit ke?? td p la search gogle cari kesan pemakaian kanta lengkap ni.. kite boleh pakai tp x digalakkan.. n kebesihan amat penting dalam penjagaan mata ketika pengunaan kanta lengkap ni...
KEBURUKAN:
- Bagi individu yang menggunakan kanta lekap tanpa merujuk prosedur, risiko mengalami masalah mata adalah tinggi. Antara masalah yang boleh dihadapi pengguna kanta lekap ialah jangkitan, alahan hingga lebih kronik, risiko menjadi buta.
- misalnya mereka yang mempunyai mata jenis kering, menghidap sebarang jenis penyakit okular (mata) tidak sesuai menggunakan kanta lengkap.
- wanita mengandung atau mereka yang sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit yang serius, juga tidak sesuai menggunakan kanta lekap. Ini kerana dalam keadaan seperti yang dinyatakan, mata mereka biasanya lebih sensitif, mudah berlaku edema dan sebagainya.
- Memang dari segi keadaan fizikal, kanta lekap nampak masih elok tapi dari segi fungsi dan material, ia mungkin tidak lagi selamat digunakan. Ramai yang masih menggunakan kanta lekap biarpun tamat tempoh atas alasan tidak merasai apa-apa perubahan atau masalah.
- Bekas simpanan kanta lekap yang kotor juga boleh mengundang jangkitan bakteria. Oleh itu, bekas kanta lekap mesti dicuci setiap minggu dan diganti sekurang-kurangnya setiap tiga bulan
No comments:
Post a Comment