Tik Tok Tik Tok...
dah hampir 9 bulan sekejap jer rasa sudah sampai masa untuk melahirkan. Fasa
baru bakal bermula jadi siapkan diri anda.
Persediaan yang biasa
dilakukan sebelum bersalin seperti biasa beli pakaian bayi, pampers, alat
mandi, tilam, bantal, selimut, minyak angin dan sebagainya. Apabila makin dekat
dengan hari bersalin beg hospital perlu sudah siap sedia sebagai persediaan
apabila tanda-tanda bersalin sudah tiba. Saya dahulu masa mengandung 7 bulan
sudah mula siapkan beg hospital excited sebab anak sulung kemudian mengandung
kali kedua masuk 8 bulan baru saya siapkan beg hospital.
Keperluan bayi
biasanya akan saya beli awal semasa perut masih belum besar dan masih berdaya
untuk shopping, jika lambat beli takut nanti sudah tidak larat hendak berjalan
lama-lama. Biasanya saya yang akan beli barang-barang bayi sebab dahulu saya
bekerja dekat dengan shopping mall. Hujung minggu baru keluar dengan suami
untuk beli barang-barang yang lain. Kami akan beli sedikit demi sedikit macam
bulan ni cari baju dahulu kemudian bulan depan cari pampers pula, ada
perancangan. Kalau hendak beli semua sekaligus berlubang poket nanti, kami akan
cari tempat yang ada promosi supaya dapat berjimat terutamanya pampers.
Senarai
barangan bayi :
- Baju dan seluar panjang
- Baju dan seluar pendek
- Barut
- Pampers
- Wet tissues
- Stokin dan sarung tangan
- Selimut (boleh digunakan sebagai bedung juga)
- Bedung (Saya beli bedung yang moden supaya senang digunakan )
- Alat mandian dan tuala
- Minyak angin (untuk elakkan kembung)
- Tilam dan bantal
- Botol susu
- Puting (ini optinal saya beli sebagai standby semasa kembar takut tak boleh handle, tetapi dorang tak nak pun)
Saya akan buat
senarai barang apa yang perlu dibeli, semasa mengandung kali kedua kami kurang
beli baju baru sebabnya baju anak pertama banyak yang masih elok. Senarai
barangan itu penting supaya tidak ada barang yang lupa dibeli kerana semasa
pantang nanti seeloknya semua barangan sudah ada nanti susah pula hendak
mencari sebab sedang berpantang. Sibuk membeli barangan bayi, barang untuk ibu
jangan lupa yer seperti jamu atau ubat semasa berpantang, barut, pilis, stokin
tebal dan upah orang berurut. Berpantang itu penting bagi saya lah kerana
itulah masa untuk kita sembuhkan dan kembalikan kecergasan badan selepas
mengandung dan bersalin. Semasa anak pertama saya gunakan maternity pad tetapi
semasa bersalin kali kedua saya lebih selesa gunakan pad biasa tetapi jenis
overnight.
Senarai
barangan ibu:
- Set berpantang (selalunya semua sudah lengkap dengan jamu, pilis dan lulur)
- Barut
- Stokin tebal
- Tempah makcik urut
- Sweater atau baju tebal
- Kain batik atau skirt atau seluar yang selesa (bagi yang bersalin normal tidak digalakkan pakai seluar kerana jahitan)
- Pad (saya gunakan overnight pad untuk heavy flow)
- Nursing bra
- Pam susu (untuk pam EBM buat stok)
Beg untuk hospital
pula pastikan barangan penting ada didalamnya contohnya pampers dan baju anak.
Tidak perlu bawa banyak sangat kerana nanti takut membebankan, pengalaman saya
selalunya tinggal dihospital dalm 2 atau 3 hari kalau tiada masalah. Jika ibu
dan bayi perlu ditahan lebih lama minta suami atau ahli keluarga terdekat
bawakan barang keperluan tambahan. Saya share list beg hospital saya dahulu.
Barang
bayi:
- Baju bayi 4 pasang
- Stokin dan sarung tangan 4 pasang
- Sarung kepala
- Pampers (10 keping)
- Alat mandi
- Tuala
- Selimut
- Bantal (kalau mahu)
- Minyak angin
- Wet tissues
Barang
ibu :
- Kad Pengenalan dan buku rekod hamil.
- Baju tshirt, kain batik (selepas daftar ibu diarahkan tukar pakai kain batik)
- Pakaian dalam (seeloknya bawa nursing bra kerana selepas bersalin senang hendak susukan anak)
- Panties (saya bawa yang disposable punya sebab jika kotor terkena darah boleh terus buang, dekat dalam wad susah hendak cuci kut)
- Pad (Jenis overnight untuk heavy flow)
- Tudung
- Stokin
- Charger handphone
- Satu bekas kecil ESP dan shaker (senang hendak bancuh nanti)
- Repack beberapa vitamin (zinc, vitamin c, b complex dan vitalea)
- Buku (takut nanti bosan)
- Mathurat (daripada termenung baik berzikir bagi hilang nervous)
- Tuala
- Alat Mandi
- Selipar
Lagi banyak barang
ibu dari barang baby kan hehehe...ini list saya tetapi ibu-ibu boleh buat
senarai ikut keperluan sendiri. Saya ambil Set Berpantang Shaklee sebab itu
saya repack ESP, Zinc, Vitamin C, B Complex dan Vitalea tetapi jangan salah
faham yang saya tidak berpantang secara tradisional. Saya masih lagi bertungku,
mengurut, berbarut dan berpilis cuma jamu saya kena berhati-hati kerana saya
berdarah O dan jenis darah ini anak selalunya kuning. Pengalaman saya semua
anak saya kuning dan prolong jaundies walaupun saya kepingin hendak makan jamu
tetapi tak boleh. Jadi saya makan jamu selepas abis pantang dan anak sudah
tidak kuning lagi.
Okey persediaan daripada segi barangan sudah settle, dari segi kerohanian pula ibu-ibu sudah ready menjalani kehidupan dengan baby baru. Bagi 1st time mommy mungkin akan rasa gabra campur excited campur yakin semua perasaan bercampur gaul kerana hendak tempuh kehidupan yang baru. Bagi ibu yang sudah mempunyai anak mungkin akan rasa risau bagaimana hendak menguruskan anak-anak bersama baby baru. Apa yang paling penting sekali adalah kesabaran, itu adalah kunci segalanya. Bukan mudah menguruskan baby baru tetapi ingat Allah tidak berikan kita anugerah terindah ini jika kita tidak boleh menguruskannya. Anak adalah anugerah serta dugaan daripada Allah.
Bagi yang muslim perbanyakkan membaca Al-Quran dan berzikir supaya lebih tenang dan bersedia menghadapi segala kemungkinan. Bagi yang non-muslim banyakkan bertafakur dan tenangkan fikiran kerana stress atau anxiety boleh membuatkan ibu-ibu lebih tidak bersedia dan takut. Rilek sahaja. Keluar bersiar-siar jumpa dengan keluarga dan kawan-kawan enjoy your life.
Okey persediaan daripada segi barangan sudah settle, dari segi kerohanian pula ibu-ibu sudah ready menjalani kehidupan dengan baby baru. Bagi 1st time mommy mungkin akan rasa gabra campur excited campur yakin semua perasaan bercampur gaul kerana hendak tempuh kehidupan yang baru. Bagi ibu yang sudah mempunyai anak mungkin akan rasa risau bagaimana hendak menguruskan anak-anak bersama baby baru. Apa yang paling penting sekali adalah kesabaran, itu adalah kunci segalanya. Bukan mudah menguruskan baby baru tetapi ingat Allah tidak berikan kita anugerah terindah ini jika kita tidak boleh menguruskannya. Anak adalah anugerah serta dugaan daripada Allah.
Bagi yang muslim perbanyakkan membaca Al-Quran dan berzikir supaya lebih tenang dan bersedia menghadapi segala kemungkinan. Bagi yang non-muslim banyakkan bertafakur dan tenangkan fikiran kerana stress atau anxiety boleh membuatkan ibu-ibu lebih tidak bersedia dan takut. Rilek sahaja. Keluar bersiar-siar jumpa dengan keluarga dan kawan-kawan enjoy your life.
Bagi ibu-ibu yang
bakal bersalin kelak, jangan takut jangan risau hadapi dengan tenang insya
allah semuanya akan selamat dan dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment