About

Friday, February 4, 2011

KEBURUKAN MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI



LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang
setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ
dalaman dan kesuburan wanita.
"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi
dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."
Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti
termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula
memakainya.
Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula, model Agensi Miu Miu dan Mourets
dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.
Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh
membuatkan rambut gugur.
Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut
bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut
buncit.
"Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai
visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah
keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk
bekerja," katanya.
Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia
tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.
Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian
kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas
tubuh.
FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi
* Jejaskan peluang untuk dapat anak
* Punca rambut gugur
Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan
wanita
* Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
* Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid



 ini untuk perkongsian bersama... sebenarnya ia merupakan satu nasihat buat saya jugak.. sebab suka sngat pakai kasut tumit tinggi.. al-maklumla dirinie x tinggi mane pun.. huhuuhuuhuhuhuhuhu

11 comments:

syufaa said...

hoho..maceh share info! :D

Anis Anisa said...

same2...

eita said...

nasib lah saya tak suka pakai kasut tumit tinggi

NuSaNa NoSa 91 said...

woooooo~ takutnya baca.. syukur la keen xsuke pakai kasut tumit tinggi.. ^_^

AnNa FaRHaNa said...

betoi...ana sokong..mmg xelok sbnrnye..alhamdulillah,saye mmg xpkai kasut tumit tggi mcmtu...sakit kowt!!

sha said...

so, anis lps ni nak pakai high heel lg x?

Anis Anisa said...

pakai..tp sekali sekale jerk.. wakakakakakaka...
time2 ader mjlis...
x selalu mcm dulu la...

ima althafunnisa' said...

pakai selipar yg tebal tu tak apa kan.. sebab permukaan dia mendatar.. tapi tetap nampak tinggi. haha

Anis Anisa said...

itu x pasti la.. hehehheh

Anonymous said...

kasut tumit tinggi juga menyebabkan pemakai dpt sakit lutut dgn lebih cepat..and kasut tumit tinggi penyebab payudara jadi kendur.

maz asraf said...

Memang tkt akan effectnya. Skang pakai flat ja nak keja anak pun senang. Dan lebih selesa berjalan.
Thanks for the info.
Ikuti blog saya:
healthyglowing13.blogspot.com