About

Wednesday, September 21, 2011

sangkar neraka ciptaan manusia

hi sehhh... kesianya budak perempuan tu... manalah nilai keperimanusian kamu wahai kaum lelaki sehingga sanggup kamu myiksa kami sebegini... apakah kegunaan kami hanya sebagai pemuas nafsu kamu semata2... huhhhh...... (mengeluh panjang.....)
 cik anisa x kata kpd semua laki2 tp oleh kerana segelintir yang mmbuat onar.. buat cik anisa semakin risau untuk mmpunyai ramai teman lelaki... korang semua tentu baca metro harini kan.. mengisahkan    
                 
                         "Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bagaikan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam neraka apabila dikurung, diberi dadah dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki sejak hari raya kedua sebelum berjaya meloloskan diri, malam kelmarin.
Mangsa dikurung dalam sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini, sejak 31 Ogos lalu selepas termakan pujukan seorang lelaki baru dikenalinya berusia awal 20-an untuk ke rumah terbabit yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya.
Sumber polis berkata, sepanjang tiga minggu dikurung lima lelaki berusia 20-an itu, mangsa dipaksa mengambil dadah sebelum dirogol.

Katanya, penderitaan mangsa berakhir kira-kira jam 8 malam kelmarin apabila berjaya melarikan diri dari rumah ‘neraka’ itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.


“Kes terbabit kemudian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu."

kesian pulak cik anisa tengok, silap budak perempuan tu jugak percaya sngat dengan orang yag baru die kenal.. mungkin itu kesilapan dia... xde org nk halang....   bile difikirkan macam masala.. depannya, emosi nya, dah tentu itu jadi satu tragedi dalam hidupnya... mintak2 bende ni jgn la berlaku pada keluarga cik anisa. juga keluarga kwn2 serta kuarga rakan2 blogger sekalian... insya'allah


mood: seday betul :((::::::

Tuesday, September 20, 2011

eh.. emo smpai kelar tangan.. ape ni

KUALA LUMPUR – Pengikut fanatik aliran muzik Emo terdorong untuk mengamalkan budaya jelik fahaman yang menyimpang itu termasuk mengelar tangan dan menjilat darah sendiri semata-mata untuk melepaskan diri daripada tekanan perasaan.
Menurut pakar sosiologi klinikal, Datuk Dr. Wan Halim Wan Othman, tekanan yang dihadapi oleh remaja pada ketika ini lebih dahsyat berbanding remaja pada era 20 atau 30 tahun lalu.
“Macam-macam masalah berlaku sekarang menyebabkan mereka tidak tahu lagi bagaimana untuk melepaskan perasaan masing-masing.
“Bagi mereka, muzik emo ini adalah ubat jiwa mereka kerana ia melambangkan masalah yang ada dalam kepala mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam

sumber:kosmo

cople ngn pengkid kan dah!!!!

Assalamulaikum semua.. haiiiisehhhh... ape nk jadik dengan dunia sekarng ni... mane korang letak moral korang... boleh pulak coule ng pengkid.. xpe la.. da kemahuan mereka mcm tu... cik anisa pon kdg2 geli nk tengok perlakuan pengkid ni dengan gf mereka.. pegang2 peluk2 tau la korang sama sejenis... tp agak2 la.. kat khalayak tu... org tua2 yg lihat pon pelik.. kata mak cik anisa gaknya da lame x jumpe.. huuhhuh biasela org tua mereka x mudah untuk mnyelami jiwa budak2 la ni... ape la nk jadik!!!

td dok bace berita harian terbace pasai seorang minah  ni ditikam oleh bfnya(pengkid). meninggal. kesian
inalillah... ape la nasib.. kononnye akibat cemburu.. entah la... perempuan tu baru berusia 24 tahun.. n bfnya seorang pengkid siam yang berusia 25 tahun...Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mayat mangsa yang berasal dari Yan Besar ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumah sewa mereka



p/s: kawan2 sumer jangan nakal2 macm ni tau!! x elok :D

Sunday, September 18, 2011

keburukan memakai kanta mata.. nak cantik ke bahana????

Assalamualaikum... bile cik Anisa ke kels sekarang macm2 gaye student sem 1 bg sem ni... fuhhh mcm nk pegi dinner pon ade.. terlihat bnyak minah2 salleh bertudung kat dalam kelas.. huhuhuh mane x nye.. muke macm melayu tp mate ade biru, merah, kuning, kelabu, macm harimau pon ade.. mcm2 ada... terdetik dalam hati cik anisa x sakit ke?? td p la search gogle cari kesan pemakaian kanta lengkap ni.. kite boleh pakai tp x digalakkan.. n kebesihan amat penting dalam penjagaan mata ketika pengunaan kanta lengkap ni...

KEBURUKAN:
  1. Bagi individu yang menggunakan kanta lekap tanpa merujuk prosedur, risiko mengalami masalah mata adalah tinggi. Antara masalah yang boleh dihadapi pengguna kanta lekap ialah jangkitan, alahan hingga lebih kronik, risiko menjadi buta.
  2. misalnya mereka yang mempunyai mata jenis kering, menghidap sebarang jenis penyakit okular (mata) tidak sesuai menggunakan kanta  lengkap.
  3. wanita mengandung atau mereka yang sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit yang serius, juga tidak sesuai menggunakan kanta lekap. Ini kerana dalam keadaan seperti yang dinyatakan, mata mereka biasanya lebih sensitif, mudah berlaku edema dan sebagainya.
  4. Memang dari segi keadaan fizikal, kanta lekap nampak masih elok tapi dari segi fungsi dan material, ia mungkin tidak lagi selamat digunakan. Ramai yang masih menggunakan kanta lekap biarpun tamat tempoh atas alasan tidak merasai apa-apa perubahan atau masalah.
  5. Bekas simpanan kanta lekap yang kotor juga boleh mengundang jangkitan bakteria. Oleh itu, bekas kanta lekap mesti dicuci setiap minggu dan diganti sekurang-kurangnya setiap tiga bulan