About

Tuesday, January 17, 2012

tips untuk menjadi pegapit first time

Assalamualaikum....hai kawan semua...  baru2 ni cik anisa dpt coll dr sahabat baik katanya nk mendirikan masjid...alhamdulillah....... 22 aribulan 1 ni sanding.. mintak cik anisa make-upkan.. huhhhhh... xde keberanian pulak... mintk maaf bnyak2 ye piza.. bukan aq xnk.. xde keberaniaan.. pasal bayaran cik anisa x kesah.. tp cik anisa takut kalau x menepati kepuasan 2 mempelai ke.. so cik anisa tepaksa tolak.. dulu pernah jugak make-upkan makcik die time sanding.. alhamdulillah puas hati............ tp puas tolak.. die mintak pulak cik anisa jd pegapit.. alamak!!!! ni x boleh tolak.. sebb nanti die merajuk pulak.. susah cik anisa.. mcm mana nk pujuk t.. tepaksa la .... errkkkk!!!.. so bape ari lg jek ni.. bedebo2 pulak rase hati.. mcm kita pulak yg nak kawen.. hehehehheehe.. padahal jd pengapit jek...  ni first time... jd cik anisa kena ade tips.. jalan2 kat blog lili ni jumpa tips2 untuk jadi pengapit,,, dier ckp:


1. cari ilmu
- maksud kat sini adalah baca tips kat blog ini(blog cik lili). hehehe. selain itu, harus bertanya dengan orang yang pernah jadi pengapit sebelum anda. mana tahu pengalaman mereka lain dari tips yang aku bagi ni. setiap orang lain-lain dia punya pengalaman jadi pengapit.

2. cari baju
- kalau pengantin kata dia sponsor baju pengapit, jangan lupa tanya dah carikan atau belum. kalau belum tu faham-faham sendiri la ye, kena la cari. pandai-pandai korang la nak tempah atau nak beli siap je kat kedai baju. bagi yang pengapit tak sponsor tu, nasib korang la. huhuhu. baju aku disponsor tau. lalala..

3. harus ikut tema
- tanya pengantin tu, tema warna apa. pengapit dan pengantin harus berbincang atau ikut sahaja kehendak pengantin baju pengapit warna apa yang dia nak sebab itu adalah majlis pengantin. ape yang penting adalah harus sedondon antara pengapit lelaki dan perempuan supaya cantik dalam gambar nanti.

4. kerjasama antara pengapit
- ini perlu kerana masa korang jadi pengapit nanti korang akan saling ingat-mengingati. satu contoh eh aku nak bagi ni; selepas acara merenjis kot kot la korang terlupa nak bagi bunga telur kepada si perenjis, pengapit yang satu lagi tu akan ingatkan kat korang atau dia yang akan bantu korang bagi bunga telur. betul, masa korang jadi pengapit nanti kan korang akan cuak juga sama macam pengantin tu jugak...hahaha.

5. make up
- bagi pengapit perempuan terutamanya, korang jangan nak over mekap ye. mekap biar nampak natural bukan mekap macam nak pergi dinner atau nak pergi buat persembahan tarian. pengapit lelaki bubuh bedak je sudah le.. nak calit sikit gincu warna pink pun okey jek, manalah tahu ada jemputan majlis tu nanti tergeram dengan mulut anda rasa macam nak gigit-gigit jek. hahaha..

6. sediakan tisu
- ini penting. tisu amat diperlukan semasa majlis bersanding. korang kena lap peluh pengantin dan lap tangan pengantin selepas direnjis. masa acara renjis tu ada bahan seperti kapur, inai, beras dan air mawar. habis semula di talanya ke pengantin, kesian juga aku tengok pengantin. tisu lah senjata penyelamat pengantin pada masa tu. kesat la tangan pengantin tu mana yang dicalit inai atau kapur atau muka pengantin yang basah kena renjis air mawar. kalau korang takde tisu atau tisu dah habis korang minta dekat tuan rumah atau mak andam tau. ambil 2-3 kotak sekali gus. hehehe

7. harus rajin
- harus selalu pastikan pengantin terkawal. pastikan baju pengantin terletak elok, jaga veil pengantin perempuan okey! pengantin lelaki selalunya tak banyak masalah. selalu tanya pengantin apa yang diperlukan, samada pengantin nak air atau nak kipas laju-laju. hehehe. harus rajin bergerak pantas walaupun kasut korang tu tinggi 5 inci sekali pun. harus rajin senyum juga tau. takmo takmo masamkan muka walaupun korang penat terlampau. sekali lagi, takmo takmo malas malas yek. jangan abaikan pengantin tau!

8. pose
- senyum je sudah. jangan nak over-over posing. ini majlis pengantin, biar pengantin yang posing sakan. kalau photograper suruh posing, barlah korang leh posing sakan dengan pengantin tu. apa yang penting, time tu korang jalankan tugas pengapit korang tu okey. 

9. masa makan
- pengapit akan makan bersama pengantin tau. bukan dengan pengantin sahaja, dengan mak ayah pengantin juga tau. korang kena jadi pelayan. sendukkan nasi, tuangkan air, cedukkan lauk. ingat tajuk nombor 7 tu, harus rajin! makan pulak biar beradab sebab orang akan perhatikan korang tau. jaga-jaga! hehehe.. pinggan korang tu jangan penuh-penuh sangat. biar beragak-agak okey.

10. kredit top up cukup
- mak ayah adik abang kakak pengantin akan sibuk bagai nak rak masa tu tau. so, mereka takde masa nak pikir bila pengantin lelaki akan sampai. masa tu lah tugas korang nak sms atau call pengantin lelaki atau pengapit lelaki. tanya dorang, bila mau sampai? pengantin perempuan dah kepanasan dalam bilik tu..hehehe

11. serasi
- harap korang jadi pengapit untuk pengantin yang korang kenal la lebih sesuai rasanya. bukan apa, supaya pengapit dan pengantin tidak berasa janggal atau tidak selesa antara satu sama lain. macam aku, pengantin tu kawan kolej aku a.k.a kawan serumah masa study dulu. kami agak rapat dan kenal satu sama lain. jangan pula korang jadi pengapit kepada si musuh. hahaha. haru-biru jadinya nanti. eh, korang ada musuh ke? musuh jangan di cari..

12. ucapan
- jangan lupa ucapan selamat pengantin baru kat pengantin tu tau. kalau ada hadiah tu lagi bagus. bukan orang lain yang kawin tu kan? kawan, sedara, sepupu korang juga kann..


rasanya cukuplah kot tips ni. yang lain-lain tu kalau ada pandai-pandai koranglah ye. good luck!!



sumber Cik lili comey


p/s: Harap2 semuanya bejalan ngn lancar

7 comments:

Anis Anisa said...

tulisan merah.. sebb tema kawenya merah.. hehehehhe

yan said...

hehehhe.. da jd pengapitt.. bile lg ko pulak anis

yan said...

nis aku gurau jek.. jgn mare..
ko ingt aku lg kan.. hehehhee

Anis Anisa said...

yann.... mesti la aq ingt... hahah... aku?? pengapit suda.. ko la kawen dulu

IxoR@ said...

sy pernah menolak untuk jadi pengapit cousin...

sebabnya sy malu!

nanti org bukan hanya mengata pengantin, malah pengapit...

hehehehe....

Hans said...

saya teringin nak jadi pengapit tapi tak ada orang pelawa
ekekekkek


P/S : Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 ->

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

Anis Anisa said...

hehehheh