About

Tuesday, March 29, 2011

petua2 untuk hilangkan jerawat.. auww..





1. dengan mengunakan susu tepung     Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.


2. mengunakan kayu manis

   tumbuk sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Jadikan masker sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

3. Mengunakan beras dan inai
Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara.
Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.



4. mengunakan asam gelugur
Rendam beberapa keping asam gelugur (dikenali juga sebagai asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu

1 comment:

Piah Becok said...

pakai beras dengan cekur pun boleh jugak. rendam beras dalam air. lepas tu tumbuk hancur sekali dengan cekur, sapu kat muka macam masker. tapi sapu nipis je sebab berangin.