About

Friday, January 13, 2012

solat hilangkan stress

    Assalamualaikum semua.. korang mesti tengah dok study kan ... biase la tengah minggu final ni..same la dengan cik anisa.. tengok kawan- kawan cik anisa ade ramai yang dah balik. jelous betul.. kami ni yg x balik lagi , terpaksa la melihat jek.. huuhuuhuhuhu... time 2 final ni macam2 yang kita rasa betul x? kadang-kadang rasa nak hentak jek kepale bile teory yg kite nk hafal tp x boleh2 nak hafal. kadang2 bile kuar dr dewan peperiksaan, rasa mcm ada rama2 jek kat kepala. kadang2 nampak tulisan macm menari2 jek sebab tu lupa ape yg dihafal.. tuu maknaya stress tu.. bukanye ape pon.. korang tau x.. bedoa, baca alquran dan solat dapat menghilangkan stress.. minta tolong , mengadu pada Allah. tu jalan yang paling baik daripada korang tepekit telolong untuk hilangkan stress lgpon x manis org sekelilling memendang.. dan perbuatan tersebuat menganggu jiran lain yang nak study..
selain tu.. solat juga ada kelebihan lain contohnya
diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."
Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti aka! n datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad." Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam=macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud..

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men! gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..

"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

3 comments:

erleena said...

sgt betul , ble ase neves stress , solat , wduk pengubatnye :)

zkir dan mcm2 lagi :D

Anis Anisa said...

betul2.. lg2 time tgh tension.. huhhh... bace tp payh betul nk ingat.. hehehe

EnciK AxixOu said...

betul 2 cik anisa . lagi2 kalau solat berjemaah . sayu je dengar suara imam.